ABOUT US


            Kejora Travel & Agencies Sdn.Bhd merupakan syarikat bumiputera  yang ditubuhkan sejak tahun 1989 dengan tujuan untuk mempromosi dan menjelajahi tempat menarik di Malaysia dan negara-negara di serata dunia. Penubuhan Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd adalah seiring dalam merealisasikan penglibatan Bumiputera di dalam sektor pelancongan terutama di kawasan Pulau Pinang yang hanya mempunyai 5% bumiputera yang bergerak aktif dalam industri ini. Selain itu, penubuhan Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd  memberi peluang pekerjaan bagi anak melayu Bumiputera di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

        Kesungguhan dan keazaman kami dalam bidang pelancongan ini menjadikan Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd  antara syarikat pelancongan yang mampu bertahan lama iaitu hampir 20 tahun. Komitmen Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd yang tinggi dan ditambah dengan pengalaman yang banyak dalam bidang pelancongan  menjadikan syarikat  kami berkembang maju seterusnya menyumbang dalam  menjana ekonomi Melayu Bumiputera  dan negara .

       Tujuan utama syarikat ini adalah untuk memenuhi semua penetapan perjalanan untuk pelanggan,membuat tempahan dan perhubungan untuk semua perjalanan domestik dan antarabangsa serta menawarkan kualiti servis on-line untuk pelanggan dengan menggunakan sistem kemaskini data untuk memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak syarikat dengan lebih baik.

         Menyedari produk pelancongan  “halal” ataupun Pelancongan Muslim mempunyai masa hadapan yang luas , kami telah berusaha memberikan  tumpuan kepada produk ini. Segala kesulitan yang dihadapi pelanggan dalam mendapat pakej halal telah memberi peluang yang besar kepada syarikat kami menawarkan  perkhidmatan khususnya kepada  para muslimin di seluruh dunia.

     Dengan Kapisiti dan kumpulan kakitangan yang terlatih , kami sangat yakin dapat menawarkan pengurusan perjalanan bagi   kumpulan atau perseorangan yang memilih perkhidmatan berkonsepkan  “Pelancongan Ibadah”  dan ziarah ke tempat yang pernah menjadi pusat perkembangan  tamadun Islam  di serata dunia.

Motto Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd adalah
“Kami memastikan perkhidmatan yang terbaik setiap masa”.


         Kejora  Travel & Agencies Sdn Bhd  adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia dan pada masa kini,syarikat ini menawarkan perkhidmatan pelancongan seperti  mengatur :-
  • Penempahan tiket secara on-line
  • Pelancongan  dalam dan luar negeri termasuk pakej Umrah dan Haji, pakej-pakej
  • Pelancongan Muslim di serata dunia.
  • Penempahan limosin dan kereta sewa
  • Menawarkan pakej-pakej pelancongan yang menarik mengikut belanjawan pelanggan
  •  Acara Makan malam dan Acara Syarikat
  •  Mengatur mesyuarat,seminar dan konvensyen.


         Kejora  Travel & Agencies Sdn Bhd  merupakan syarikat yang bersedia membantu dan menjaga pelanggan dalam  menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi keperluan perjalanan mereka .Kejora Travel sentiasa yakin dalam  menjamin kepuasan pelanggan-pelangan yang terdiri daripada pihak kerajaan dan  swasta dengan menyediakan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.Selain itu, kami juga memastikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan nilai wang yang dibelanjakan pelanggan.